Followers

Thursday, April 14, 2011

BISMILLAH 5



1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu'aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma'as mihi syai un fil ardhi wala fis sama'i
wa huwas samii'un 'alim


(1)Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(2)Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
(3)Dengan nama Allah yang mencukupi.
(4)Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
(5)Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di
bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha
mengetahui.

Antara fungsi Bismillah 5 ni:

* penawar bisa diri

* penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

* penawar bisa-bisa badan

* penawar bisa batu merian

* boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali
kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau

2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk
meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan
bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

Kesan Sampingan:

Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.


Fadhilatnya:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezki

3. Menang dalam peperangan.

4. Penerang hati.

5. Dijauhkan dari segala penyakit.

6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim

7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

9. Aman daripada binatang buas.

10. Air laut menjadi tawar.

11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.

12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman
babi, tikus atau burung.

13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

14. Terselamat dari karam di laut.

15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan
beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)

16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat
mendengar.

17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali
InsyAllah lari iblisnya.

18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah,
ular dan ikan.

19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada
miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.


Bismillah 6, akan saya update nanti yer..Insyaallah. Tapi amalkanlah dulu Bismillah 5, Insyaallah kita semua akan sentiasa dilindungi olehNya dari segala yang tidak baik dan dari Syaitan yang direjam.Amin.


No comments:

Post a Comment